Want your
own Fotopage?








 
Welcome to Chaos-Kitchen
[IMG]http://srv.fotopages.com/4/18240299.jpg[/IMG][/URL]
By: Chaos mommy

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 22-May-2008 03:15 Email | Share | Bookmark
Chocolate Fudge and Chocolate Ganache

I just found a great info from Chef Noraini website regarding chocolate topping...i always wondered how to make a condense topping so that we can deco with a nice pattern on top of cake..

as per Chef Noraini webs " Selain dari chocolate ganache, ada satu lagi aising yang boleh menyalut kek coklat iaitu chocolate fudge frosting. Jika chocolate ganache mempunyai dua bahan asas iaitu coklat dan krim, yang ini pula mempunyai lebih bahan seperti gula aising, mentega, serbuk koko dan lain-lain bergantung kepada resipinya. Apa yang membezakan keduanya ialah chocolate fudge lebih pekat dari chocolate ganache. Ia tidak boleh dituang, tetapi perlu disapu seperti membuat aising krim mentega .Ia juga tidak memberi kekilatan (shine) seperti chocolate ganache. Ia sesuai untuk disapu pada kek, untuk inti (filling) dan juga hiasan tepi kek (border).Untuk bunga ros,perlukan aising yang lebih kental ( stiff) seperti Chocolate Cream.

Resipi Chocolate Fudge
(Sumber ehow.com)

Bahan-bahan :
2 cawan gula kastor
1/4 cawan sirap gula (corn syrup)
1 cawan krim putar (dairy whipping cream)
180 gm coklat masakan
2 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila

Cara Membuatnya :
1. Satukan gula, sirap gula dan krim dalam sebuah periuk.
2. Kacau diatas api yang kecil hingga gula cair dan larut.
3. Didihkan 1 minit dan angkat dari api.
4. Masukkan coklat masakan yang dicincang dan kacau hingga coklat cair.
5. Masukkan mentega dan vanila.Biarkan coklat fudge sejuk dan pekat baru disapukan atas kek.
6. Hiaskan kek mengikut citarasa anda.

Chocolate Fudge Buttercream Frosting

Bahan-bahan :
115 gm mentega
50 gm shortening
30 gm serbuk koko
240 gm gula aising
30 ml susu
350 gm coklat masakan, dicairkan
5 ml esen vanila

Cara Membuatnya :
1. Pukul mentega dan shortening hingga kembang.
2. Masukkan koko dan gula aising.
3. Masukkan susu , coklat masakan dan esen vanila.
4. Putar hingga sebati.
5. Bolehlah disapukan atas kek coklat. Hiaskan.

Chocolate Cream
Bahan-bahan :

750 gm coklat masakan, dicincang
175 gm mentega, dilembutkan
90 gm kuning telur
225 gm telur (seluruh)

Cara membuatnya :

1. Cairkan coklat secara double-boiler dan masukkan mentega. Kacau hingga sebati.
2. Masukkan telur ke dalam mangkuk pengadun dan tuangkan coklat cair.Putar dengan kelajuan sederhana hingga ringan dan berkerim.
3. Biarkan sebentar supaya krim agak pekat.Kemudian bolehlah digunakan untuk membuat bunga ataupun membuat hiasan tepi kek.

Tentu anda pernah melihat di kedai-kedai bakeri, kek-kek yang dihiasi topping coklat yang sungguh menyelerakan. Sebenarnya topping coklat tersebut dikenali sebagai Chocolate Ganache. Ganache adalah berasal dari perkataan Peranchis yang bermaksud 'cushion'. Ganache mempunyai pelbagai fungsi seperti penambah perasa kepada puding atau kek, untuk hiasan dan untuk menyalut kek-kek coklat agar tambah lazat dan menyelerakan.

Dalam Ganache yang asas, digunakan dua bahan sahaja iaitu krim pekat/krim putar (Dairy Whipping Cream) dan coklat masakan. Bagaimanapun, anda boleh menambah mentega dan esen vanila ke dalam adunan ganache. Krim pekat pula boleh digantikan dengan air,susu cair (evaporated milk),susu segar(fresh milk) atau susu UHT. Tetapi penggunaan bahan-bahan gantian ini menjejaskan kualiti ganache dari segi kekilatan (shine) dan teksturnya. Oleh kerana itu, di hotel-hotel dan bakeri, mereka lebih suka menggunakan krim pekat/krim putar, kerana hasilnya lebih baik walaupun harganya lebih mahal dari susu biasa.Jika di tempat anda susah untuk mendapatkan krim ini, guna saja bahan gantian.

Kaedah asas membuat ganache:
1.Cincang coklat masakan kecil-kecil.
2.Panaskan krim hingga mendidih. Angkat dari api.
3.Masukkan coklat dalam krim dan kacau hingga coklat cair.
4.Biarkan ia sejuk beberapa jam sebelum digunakan.

Jika anda mahu topping atau glazing yang cair,anda bolehlah gunakan setelah beberapa jam disejukkan. Jika mahu topping yang lebih tebal ,sejukkan semalaman pada suhu bilik. Keesokannya barulah digunakan untuk menyalut kek anda. Ganache yang sudah pekat juga boleh digunakan untuk membuat filling atau isian yang disapu pada bahagian tengah kek. Satu perkara yang perlu diingatkan ialah,coklat tidak boleh dicairkan dalam haba yang terlalu panas kerana akan menyebabkan keluarnya minyak pada permukaan coklat.Ini menjejaskan tekstur ganache. Anda juga tidak boleh memasukkan ganache yang baru dicairkan terus ke dalam peti sejuk. Ganache perlu disejukkan secara perlahan-lahan untuk membantu molekul-molekul dalam coklat dan krim itu menjadi sebati dengan baik.

Resipi Chocolate Ganache
(Sumber : Temptation of Chocolate - Alex Goh)

Bahan-bahan :
300 gm krim pekat/krim putar
500 gm coklat masakan, dicincang
30 gm mentega

Cara Membuatnya :
1. Panaskan krim hingga mendidih. Angkat dari api.
2. Masukkan coklat dan kacau hingga ia cair semuanya.
3. Masukkan mentega dan kacau lagi hingga sebati.
4. Biarkan beberapa jam sebelum digunakan.


Feels free to surf Chef Noraini's web...http://resipinoraini.blogspot.com

Actually u've an option to make chocolate ganache with low cost. I just found this recipe in Chef Farid blogs..for bussineswomen..u can use this method..

Topping ( Resipi Chef Farid)
1.Chocolate Block 1250 gram
2.Coco Powder 150 gram, Air Panas 425 ml, Susu Pekat Manis Secukup




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net